Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...
Terima kasih kerana singgah ke blog Linda Sabari. Saya doakan semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t. Aamiin...
**********************************************
Kali ini Linda nak cerita pengalaman dan hasil pemerhatian Linda sendiri berkenaan - anak.
Linda ni duduk sekali dengan mak. So semua jiran-jiran mak adalah jiran Linda juga. Duduk rumah kampung, dah tentu lah kebanyakan jirannya yang seusia dengan mak. Makcik2 dan pakcik2..
Kadang-kadang bila hari cuti, kita ni duduk seharian kat rumah layan anak2... bermain bergelut bergasak dengan anak2.. ye lah, tu je la masa yang ada pun haa.
Kalau hari-hari bekerja, sampai rumah dah lewat petang. Malam dah sibukkk dengan kerja sekolah anak2. Dengan penat waktu siang tak habis lagi.. (ececeh).
Jadi, masa untuk bermain dengan anak tu sangaaat lah terhad. So waktu hujung minggu saja lah yang boleh digunakan sebaiknya. Itu pun kalau tak balik kampung atau ke mana-mana.
Tambah pulak weekend kami tak sama dengan ayah dia orang. Which is weekend kami Jumaat & Sabtu. Suami Linda pulak weekend nya jatuh pada hari Sabtu & Ahad. So kalau dapat 1 hari yang kami boleh sama-sama berehat di rumah tu, syukuuur sangat-sangat.
************************************************
So nak dijadikan cerita, ada lah sorang jiran kami ni. Dia jaga cucu. Cucu dia memang duduk dengan dia dan mak nya akan balik, dalam seminggu sekali macam tu. Ni kalau ikut pemerhatian aka penyekodengan Linda lah ye ~ hiks..
Cucu dia perempuan umur dalam 3 tahun gitu. Dia punya comel Allahu akbar... cuteee sangat-sangat. Putih melepak gebus gebas.. mata bersinar.. rambut panjang keriting.. macam anak omputih tu ha.. Senang cerita kalau mengandung, anak yang rupanya macam tu lah yang akan menjadi idaman hati pujaan kalbu kita.. Serius i cakap you. Memang sangat dahsyat comell...
Tapi..nenek dia,
Boleh dikatakan setiap hari adaaa je yang dimarahkan dengan si cucu tu. Kalau marah tu, kita yang mendengornya dari rumah ni rasa macam, eiii dah kenapa makcik ni.
Cucu awak tu dah la comelll yang amat. Patutnya awak sanyang lah dia, belai lah dia, manjakan lah dia..
"Ape lah dia ni marah cucu sampai macam tu. Kalau taknak jaga cakap la terang-terang. Tak payah la nak maki hamun bagai. Budak kecik lagi kot"
Serius terdetik kat hati macam ni bila dengar makcik tu marah cucu dia. Rasa macam nak pegi sana and "makcik, mari lah saya jaga cucu makcik ni. Daripada makcik jerit-jerit cubit-cubit dia sampai dia menangis menjerit-jerit macam ni"
Hah gitu!!!
Tapi takda lah buat betul-betul kan.. Eksyen verangan je pun (haip!!!). Tapi tu lah.. hati ni sentiasa gerammmm je kat makcik tu tau. Eeeeeeiihhhh.
Hari Jumaat yang lepas, macam biasa Linda cuti dan anak-anak semua ada kat rumah. Cuti kan. Ayah dia macam biasa kerja lah..
Budak2 ni, dari pagi adaaa je yang tak kena. Nak mancis main bakar-bakar lah.. Nak pegi kedai beli air coklat lah.. Nak hp ibu tengok youtube lah (hat ni memang ibu takda kompromi). Pendek kata semua yang 'tak boleh' tu lah yang dia orang nak buat.
Dah tu bergaduh tak habis-habis. Lepas abang marah kakak, adik menjerit. Lepas kakak mengadu ada yang dia tak puas hati, adik menangis. Kang selang 10 minit, abang pulak tak puas hati kat adik. Eh adaaa je lah yang tak betul.
Sampai 1 tahap - BOOM!!!
Rasa ada gunung berapi meletup inside out (ecewah).. Ada asap kepul-kepul keluar dari kepala ni hah. Macam tu lah kot kalau lah boleh ditafsirkan dengan perkataan. Kekeke...
Linda memang marah. Kesabaran dah over the limit kata orang. Apa lagiii... tiga-tiga merasa sorang sedas cubit-cubitan sayang ibu yang nikmat itu.. Hambikkk...
Haaa tu diaaa... sunyi sepi. Takda sorang pun yang berkutik kau... Bila ibu dah gunakan kuasa veto. Siapa berani lawan. Memang siap lah..
Linda tengok muka sorang-sorang.. Abang, kakak, adik.. rasa kesian pun ada. Yelah kita ni mak kan, tak banyak sikit mesti ada rasa kesal bila dah marah or pukul anak. Tapi disebabkan tengah marah, nama nak belai-belai memang tak lah.. Asap kepul-kepul tadi pun masih bersisa kat rambut ni hah.
Tarik nafaaasss... hembuuusss... bagi aura bertenang masuk kejap. huuu legaaa..
"Kemas balik semua lego, kusyen, sampah makanan ni semua. Ibu datang semula nanti, taknak ada satu pun yang bersepah kat depan"
Then Linda kutip botol susu kakak dan adik terus ke dapur. Ada lah selingan sedu-sedan si adik lepas tu. Tapi memang ibu tak layan lah. Sakit hati kita ni tak hilang lagi.
Masa tengah basuh botol susu kat sinki dapur, terdengar lah makcik tadi yang jiran ni bebel-bebel.. Linda apalagi terus lah intai sikit dari cermin dapur tu.. Dasar kaki skodeng tau.. Buruk perangai ek.. hiks
Makcik ni tengah marahkan cucu dia tu kat tepi rumah. Dari depan ke belakang dia mencari-cari sesuatu. Dalam longkang, dalam semak. Sambil mulut dok ulang-ulang "kat mana kau letak.. kau buang ke.. kat mana kau letak" dengan nada marah + nak menangis.
Tak tahu lah. Mungkin benda yang cucu dia buat main dan kemudian terhilang tu benda yang sangat diperlukan kot. Tu yang jadi marah bercampur nak menangis tu.. Linda perhatiii terus. Kesian pun ada. Cucu ni dok bongkok2 juga la konon berusaha mencari juga. Then dengar lah dia ada jawab pertanyaan si nenek, tapi sebab budaknya halus lagi comel, so macam dengar tak dengar je jawapan yang keluar dari mulut kiut dia tu.
Puas kat tepi rumah, dia cari kat belakang. Tak jumpa kat belakang rumah, dia pusing semula ke depan.. Tapi masih lagi marahkan cucu dia. Dan tiba-tiba cucu dia pun menjerit dan terus menangis, diikuti dengan luahan geram si nenek ni tadi. Dah agak dah, memang kena cubit juga akhirnya cucu dia.
Dan yang buat Linda terkejut, menangis si cucu, menangis jua lah si nenek. Barangkali kesal dengan kecuaian si cucu, atau kesal sebab tak dapat kawal amarah hingga akhirnya menangis juga si cucu tu sebab cubitan dia.
Di saat itu, tak ada dah rasa marah di hati ni. Kalau dulu dah tentu2 Linda akan marah2 dari kejauhan dengan sikap makcik tu kan. Tapi hari Jumaat tu, Linda langsung tak marah bila dia cubit cucunya yang comelll..
Sebab ape?
Sebab Linda tiba-tiba dapat merasai apa yang makcik tu rasa.
Yes!!! somehow I was on her shoes.. ~tear~
.
.
.
.
Korang.. kita ni kan, walaupun dah dewasa dan tahu menilai baik buruk.. tapi percaya lah.. akan ada waktu dan ketikanya,
.
kita tak dapat kawal emosi kita.
Hati kita...
Perasaan kita...
.
.
Semuanya out of control.
Macam tadi lah, Linda cubit anak sebab dah geram sangat kan. Lepas tu menyesal. Baru lah Linda faham ape perasaan makcik jiran tu kat cucu dia.
Selama ni Linda cakap dia nenek yang teruk.. Nenek yang tak berhati perut pada cucu. Sedangkan Linda tak tahu pun. Tak cuba pun salami ape yang dia rasa, sampai lah Linda pun rasa ape yang dia rasa.
Korang, bila kita melihat satu keadaan/situasi yang mana kita tak setuju on how it flows, tolong lah jangan directly berprasangka atau buat tuduhan melulu, sehingga kita berada atau paling koman membayangkan yang kita berada di tempatnya.
Tak salah pun kalau kita yang berada dalam keadaan waras ni untuk cuba memahami apa yang dilalui oleh mereka. Linda pun menyesaaal sangat-sangat sebab selama ni dah buat dosa kering je sebab tak sengaja 'memfitnah' makcik jiran ni. Maaf ye makcik.. Saya bersalah kerana membuat tuduhan tanpa cuba memahami situasi makcik..
~menangis di dalam hati.. sobs~
Linda Sabari
Shaklee Independent Distributor.
COD area Kulai, Bandar Putra, Senai, Skudai and UTM semestinya..
atau boleh contact terus:
012-7832133
(Call, WhatsApp, Telegram)
email : lindasabari@gmail.com
fb : Haslinda Sabari
IG : lindasabari
Shaklee ID : 1254139
Doakan saya kaya dan Berjaya ye kawan2... love u <3










