Do It Yourself Boy
Bismillaahirrohmaanirrohiim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...
Terima kasih kerana singgah ke blog Linda Sabari. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t.
Aamiin..
Bulan Februari yang lepas kami dapat makluman dari guru kelas Ilman melalui WA Group Darjah 2 Cemerlang yang mengatakan bulan tersebut telah diisytiharkan sebagai Bulan Sains peringkat sekolah.
Jadi, sempena dengan itu, pihak sekolah telah menganjurkan beberapa pertandingan di kalangan murid dengan kerjasama ibu/bapa.
Pertandingan Fotografi - di mana murid dikehendaki bergambar dengan haiwan atau tumbuhan. Gambar perlu dimasukkan ke dalam WA Group Darjah 2 Cemerlangbeserta caption nama anak.
Pertandingan Mencipta Model - murid dikehendaki mencipta model menggunakan tin susu. Hanya 1 tin susu dibenarkan untuk setiap model dan ia bertemakan robot dan bekas pensil. Model hendaklah diserahkan kepada Guru Sains masing-masing.
At first kami dapat message tu, perkara pertama yg terlintas kat kepala adalah; wow!!! hebat aktiviti sekolah sekarang. Bayangkan murid darjah 2 kena cipta robot.. agak mustahil di pandangan mata kasarku... huhu..
Yeah..dengan bantuan ibu/bapa of course... Tapi... it is robot guys!!!
Kalau zaman dolu2 mana ler ada bulan-bulan bertema bagai..
Kalau ada aktiviti di luar P&P pun cuma Hari Sukan, camping, pertandingan koir, nasyid ... n kebiasaannya diadakan sekali setahun untuk setiap aktiviti.
Wah... zaman semakin berubah. Semakin maju dan pastinya anak-anak kita sedang berhadapan dengan cabaran yang jauh lebih hebat compared to cabaran yg kita lalui dulu kawan...
Ohh kesian anak-anakku... mak pulak rasa nk meratap... over kau mak... heheh.
Ilman macam biasa steady je... kami laki bini yg beriya dok brainstorm nak buat macamana...
Ayah macam biasa... mak dah ternampak awan larat kat atas kepala ayah dengan DIY robot di dalamnya... bertukar dari satu model ke satu model... OK mak surrender... bab cipta mencipta... sambung menyambung wayar memang mak kalah... n mak memang x pernah nak beat ayah pun... ayah memang pakar wiring (pada hemat mak la yer). sebab kat sekolah dulu ayah belajar electronics... n disebabkan itu, mak serahkan bulat-bulat sebijik sedebik urusan DIY robot pada ayah.
Kami ada lebih kurang seminggu sebelum tarikh akhir penyertaan.
Esoknya mak dapat wasap dari ayah gambar tin susu... Mak dah mula pelik... cikgu nak DIY robot.. bukan tin susu setongkol gitu!!!
Mak mula syak ayah alami kesesakan idea (maap jika term ini tiada dlm Dewan Bahasa & Pustaka).. terlalu banyak idea sampai jammed... sebab semalam mak memang nampak jelas model2 DIY robot dalam awan larat yg muncul di atas kepala ayah...
Mak tanya - ni ke DIY robot tu?
Ayah kata - ni tin je. belum mula lg. dalam tu pun masih ada susu. Mana nak curah susu kt kilang ni.
Hahaha... mak lega separuh nyawa.. sangkaan mak meleset 100%.
Seminggu tu ayah bertungkus lumus menyiapkan DIY robot dengan berpandukan idea dalam awan larat ayah. Itu mak pasti... Mak cuma komen mana yang patut.. mintak tambah itu tambah ini.. maklum lah cuma itu je yang mak pandai... maafkanku wahai suami.. 😁
Dan mempersembahkan hasilnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
suspen x?? hihi
(jotos kepala kau linda)
.
.
.
.
.
.
.
.
TADAAAAA !!!!!
![]() |
| Hat ni dia tengah tido. Sebab tu agak suram tanpa 'nur' di wajahnya :p |
![]() |
| Nampak x nama Ilman. Bangga betul dia dapat DIY robot ni.. |
![]() |
| Pandangan sisi FZL1 DIY robot kebanggaan ayah dan juga kami semestinya !!! |
OK la mak ngaku DIY robot ni memang cun dan telah melepasi tahap expectation mak. Tunjuk kat Ilman.. Dia of coz la teruja... sape sangka daripada hanya seketul tin susu boleh jadi DIY robot sebegitu..
Hats off to you suamiku...
Abis... mak buat ape?
OK..sebenarnya mak ditugaskan untuk cari idea bagi Pertandingan Fotografi.
Dalam seminggu tu dah ada beberapa parents yg upload gambar ank2 mereka ke group WA sekolah.. Dan semuanya gambar bersama haiwan.
Kenapa mak x upload gambar Ilman lagi? Ada 2 sebab.
Sebab pertama, belum ambik gambar abang lg.. Dah xda gambar, ape yg nak diupload ye dak...
Sebab kedua, mak nak tempoh bertenang... nak perhati dulu macamana gambar2 yg diupload parents lain.. Dan sangkaan mak sangat tepat sampai mencecah ketepatan 200%..
Semua parents ambik gambo anak mereka bersama haiwan pilihan masing2..
Mak melompat gembira!!! x senonoh kau.
Sehari sebelum tarikh akhir, di remang petang selepas hujan, mak ajak Ilman ke halaman rumah. Siap-siap bawak topi kebun kecik n pakaikan kat dia. Heret sekali ayah sebagai helper.. huhu.
Setelah puas merenung dan memilih angle yang mak rasa dah perfect, apalagi.... Ilman jadi model buat julung-julung kalinya.
Dan lihatlah hasilnya... seperti di bawah
![]() |
| ececeh... gardener katanya. Yang belakang tu rumah jiran.. Mintak maaf jiran pinjam view rumah sekejap. |
![]() |
| Macam kat cameron highland katanya.. Kebetulan lepas hujan.. nampak sejuuuk je kan... |
Lepas seminggu, dapat keputusan pertandingan..
Pertandingan Fotografi- 2nd place
Pertandingan Mencipta Model - 1st place
Alhamdulillah...
Kami puas hati walaupun mak harap sangat Pertandingan Fotografi tu dapat 1st place jugak.. hiks.
Harap sangat dapat cari balik gambar-gambar dari penyertaan murid lain tapi sayangnya semua dah terpadam sebab mak tukar hp... niat di hati nak share semua gambar mereka di sini.. xda rezeki.. xpe redha..
OK itu saja entry berkenaan DIY robot yang kami namakan sebagai FZL1...
Jumpa lagi di next entry..
Wassalaam...
Berminat untul dapatkan produk nutrisi Shaklee???
Nak jadi ahli untuk dapat manfaat serta pelbagai kelebahannya pun boleh..
Hubungi saya segera..
012-7832133
(Whatsapp, Telegram)
email : lindasabari@gmail.com
fb : Haslinda Sabari
IG : lindasabari
Shaklee ID : 1254139






No comments:
Post a Comment